Isnin, 31 Ogos 2009
MERDEKA..MERDEKA...MERDEKA
Ahad, 30 Ogos 2009
PENDAFTARAN SEBAGAI PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
.jpg)
Pada 05 Julai 2009 yang lalu anak saudara aku si Naim dah daftar sebagai seorang Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, dimana la gi politeknik tu kalau bukan di Kulim. Smart dan bergaya. Nak sangat tinggal di asrama, dapat juga tinggal di asrama.Naim dapat program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). Kak Anis pun tak risau sangat sebab Naim dapat politeknik yang dekat, tak perlu risau nak cari tiket bas bila nak balik cuti terutama masa cuti raya. Tahniah Naim.Sabtu, 29 Ogos 2009
BERBUKA PUASA DI BULAN RAMADHAN
Sabtu, 22 Ogos 2009
RAMADHAN DATANG LAGI
Hari pertama puasa, tak banyak lauk yang disajikan, cuma nasi minyak, dalca ayam dan ayam masak merah.Aku cuma buat nasi minyak dan ayam masak merah ja..dalca ada orang sponsor... best. Ayam masak merah aku tak sama dengan orang lain. Simple je cuma...
Hari ni tak tau lagi nak masak apa..aku kerja hari ni, mana sempat nak masak..masak di Pasar Ramadhan lah jawabnya. Tapi kalau hari-hari masak di Pasar Ramadhan.. teruk juga budget..mana tahan........... Sesekali bolehlah. Anak-anak pun tak berapa nak makan sangat kalau hari-hari beli di Pasar Ramadhan. Sahur..bagi anak-anak ku, hidangan untuk bersahur adalah mudah dan ringkas cukup sekadar honey star,coco crunch, hot dog, burger atau sosej yang dicicah dengan cili sos. Bagi ku cukup sekadar buah kurma 3 biji. Cuma ibu dan suami ku yang seringkali mencari nasi untuk bersahur..Lauk untuk bersahur bagi suamiku sekadar telur goreng, telur masin atau ayam goreng dan sekiranya ada baki lauk waktu berbuka sudah memadai.Begitu juga dengan ibuku..
Inilah ragam familiku sewaktu berbuka atau bersahur...
Jumaat, 21 Ogos 2009
KENANGAN BERSAMA TEMAN-TEMAN YANG TELAH BERTUKAR KELUAR DARI PTSB
MUSIM BUAH-BUAHAN
.jpg)
Pokok jambu yang ditanam dah buah, buah sulong, sedap dan manis rasanya serta lebat buahnya. Syukur alhamdulillah ada jiran yang tolong balutkan untuk mendapat buah yang elok,cantik serta besar. Buah jambu mudah rosak kalau tak dibalut. Itulah petua yang diberi oleh jiran yang sudi membalut buah-buah jambu ini bukan setakat balut tapi siap tolong bawakan plastik. Terima kasih kak Mariah.
.jpg)
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Esok 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430, maka semua umat islam akan berpuasa. Marilah kita memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga Ramadhan tahun ini memberi rahmat dan puasa kita tahun ini diberkati.
Ahad, 16 Ogos 2009
RAMADHAN AL MUBARAK
Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya :
“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
WABAK HINI MELANDA KULIM
Dah lama tak update blog..tak dak masa.Sibuk,lagi pun laptop rosak, susah jugalah nak update.Bila dah ok bagi anak guna untuk study. Aiman menghadapi peperiksaan percubaan PMR minggu ni. Aku berdoa agar dia dapat menjawap semua soalan.
Hari ni terima satu berita anak buat kawan meninggal akibat H1N1.Di Kulim dah banyak wabak tu..Sabtu lepas pergi ke hospital Kulim bawa Danial, panas dia sampai mencecah 39.4, risau juga kalau ke masuk wad, tapi doktor cuma bagi ubat je walau pun panas tinggi. Hari ni Naufal pula demam, panas mencecah 37. Fitrah pula batuk dan muntah...entahlah harap-harap semua kembali ok.
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
