Dah seminggu umat Islam berpuasa, tapi cuaca masih macam tu juga, tiap hari hujan, kesian peniaga-peniaga bazar Ramadhan, juadah yang dijual banyak yang tak habis. Pembeli tak dapat nak keluar membeli kerana hujan.
Hari jumaat yang lalu 3 orang anak-anak rumah sewa datang berbuka di rumah, seronok juga ramai-ramai berbuka puasa, baru berselera. Hari sabtu ada lagi orang datang berbuka, tapi Muiz datang seorang saja, kawan-kawan serumahnya malu nak datang. Tak kisahlah ada juga orang datang. Juadah yang dihidangkan simple saja, ayam goreng madu, resepi suami, ayam masak kicap, sambal tumis ayam dan paceri nenas serta acar rampai.Kuih pula order saja pada Kak ani, karipap.Karipap kak Ani memang sedap. Kalau tak ada menu ayam, anak-anak tak berselera nak makan, kesian pula jadi masaklah ayam tiap hari... .
Hari ni tak tau lagi nak masak apa,bila dah kerja masa terhad untuk memasak.So juadah yang simple dan senang saja yang dimasak tapi mesti yang digemari anak-anak. Resepi yang dirancang, Ayam Masak Merah Madu, Ayam goreng tepung radix, sayur campur, dah memadai.

0 ulasan:
Catat Ulasan