Setiap kali menjelangnya Ramadhan, Pejabat HEP akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa. Kebiasaannya Majlis Berbuka Puasa hanya diadakan di hadapan Kedai Koperasi dan dihadiri oleh staf HEP sahaja..tapi kali ini Majlis Berbuka Puasa digabungkan bersama UBKK dan Asrama.Majlis tersebut diadakan di Pejabat Asrama. Semoga majlis seperti ini akan menjadi acara tahunan.
Majlis tersebut terasa meriah dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing. Yang bujang ada yang datang bersama rakan serumah.Kesian Rumaizah kerana nak membeli otak-otak yang jauh di Kuala Ketil, dia sampai setelah waktu berbuka, tapi Otak-otak yang dibawa memang sedap.
Mee Rebus Kak Liza Penyelia Asrama Kanan yang buat, kesian Kak Liza dah buat mee rebus tapi tak dapat joint sekali kerana ada hal yang tak dapat dielakkan. Macam-macam juadah yang disediakan, nasi putih bersama ayam masak merah,sayur campur,ayam goreng,kari ikan bawal,sambal tempe. Satay,otak-otak. Agar-agar,karipap,donut,murtabak,puding lapis kek. Anggur,limau dan tembikai. Banyak makanan yang disediakan memang best.. Mungkinkah tahun hadapan akan ada lagi majlis seumpama ini??....

0 ulasan:
Catat Ulasan