SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Dah raya pun sekejab saja masa berlalu. Tahun ni raya macam biasa saja, tak ke mana-mana pun, cuma jalan-jalan ke rumah saudara mara terdekat saja. Raya pertama macam biasa duduk di rumah tapi yang nyata sesi bergambar satu famili tak akan tertinggal. Inilah hasilnya.
ISTERI SOLEHAH Isteri cerdik yang solehah Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran Di rumah dia isteri, di jalanan kawan Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan Menjadikan kita tetap pendirian Ilmu yang diberi dapat disimpan Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian Silap kita, dia betulkan Penghibur di waktu kesunyian Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta Bila tiada satu kehilangan Dia ibarat simpanan ilmu Semoga kekal untuk diwariskan
SITI KHADIJAH Siti Khadijah srikandi sejati Kaulah lambang cinta sejati Srikandi pertama tika islam bermula
Dia terbuang engkau menyayanginya Kerana iman kau sanggup berjuang O wo... Siti Khadijah namamu indah Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir Engkaulah insan terhampir Siti Khadijah mujahidah solehah Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi Hingga kini tiada pengganti Sunyi jalan menuju Allah Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah Jika teman seperti Khadijah Masih ada lagi...
Fatamorgana Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan Syarat bahagia di dunia Akhirat kekal selamanya pada Allah
( korus )
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia Cabaran dan dugaan mendewasakan usia Rintangan dilalui tambah pengalaman diri Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka Indah fatamorgana melalaikan menipu daya Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama
( ulang dari korus )
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba Hidup akhirat kita kekal bahagia
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan Syarat bahagia di dunia Akhirat kekal selamanya pada Allah Allah
Teman Sejati Selama ini Kumencari-cari Teman yang sejati Buat menemani Perjuangan suci Bersyukur kini PadaMu Illahi Teman yang dicari Selama ini Telah kutemui Dengannya di sisi Perjuangan ini Senang diharungi Bertambah murni Kasih Illahi KepadaMu Allah Kupanjatkan doa Agar berkekalan Kasih sayang kita Kepadamu teman Ku pohon sokongan Pengorbanan dan pengertian Telah kuungkapkan Segala-galanya... KepadaMu Allah Kupohon restu Agar kita kekal bersatu Kepadamu teman Teruskan perjuangan Pengorbanan dan kesetiaan Telah kuungkapkan Segala-galanya Itulah tandanya Kejujuran kita
0 ulasan:
Catat Ulasan